Nina Azriana's Nina Azriana's Online Diary Nina Azriana's Life: 03/30/12

..

..

Jumaat, 30 Mac 2012

Setelah Aku DipaLing...





Hampir aku hanyut kerana rindu

Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling 






*Lagu ni best n sedikit sebanyak menyedarkan diri sendiri.. Touching.. T_T*

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Apabila...

‎~✿..APABILA semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha mengasihi.

~✿..Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya salah, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

~✿..Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

~✿..Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia Melihat segala-galanya.

~✿..Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

~✿..Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

~✿..Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa si sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

~✿..Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

~✿..Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

~✿..Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

~✿..Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

~✿..Apabila rasa diri kosong, sunyi dan sepi, penuhilah dengan membaca al-Quran dan buatlah amalan-amalan yang mendekatkan diri kita pada-Nya.. sesungguhnya Hati akan tenang apabila mengingati-Nya..

~✿..Apabila menaruh harapan pada manusia, kelak kita akan kecewa, tapi sandarkanlah harapan pada Pencipta, Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar...(✿◠‿◠)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sahabat...


teman yang baik adalah umpama hujan, yang menyejukkan mentari yang menghangatkan, cahaya yang menutupi kegelapan, dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan, dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi, bukan hanya cinta, bukan sekadar sayang, kita semua bersama, atas dasar keikhlasan dan kejujuran, yang hadir dalam diri kita, mungkinkah setiap insan, yang bersama kita itu, ikhlas dan jujur pada persahabatan, bukan mudah untuk mencari teman yang baik, kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata, tatkala persepsi kita sahaja, membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari, kadang-kala jua, teman yang baik, berasal daripada seorang insan, yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan, membuatkan dirinya, kembali ke landasan yang betul, kerana dia tersedar daripada khayalan diri, yang diselubungi syaitan dan nafsu, keikhlasan dan kejujuran, tidak boleh diukur, kerana ia tersimpan didalam hati, yang sukar dijangka dan diketahui, oleh orang lain.

apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah, untuk dilihat melalui pandangan mata, semua hanya mampu dinilai, oleh pandangan hati yang telus, niatkan diri kita, sebelum berteman, kerana ia adalah permulaan, kepada ukhwah yang sejati, berdoalah kepada allah, agar dipertemukan, sebuah persahabatan, yang akan memanfaatkan diri, yang akan meninggalkan, memori silam, yang bakal menghasilkan, kebahagiaan yang kekal, jangan terlalu memilih, kerana mungkin, disebalik pasir itu, ada mutiara, jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita, masakan disebalik madu itu ada racun, hati yang telus, bila termakan racun, tatkala menaruh madu, kelak hati itu, akan tertutup untuk menerima orang lain, itulah kekecewaan, yang melukakan dan sukar dirawat, hargailah setiap insan, yang menerima diri kita, walau apa jua keadaan, belajarlah untuk menerima teman, yang memperbaiki kita, belajarlah juga, bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita, jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan allah, berkata-kata baik, berbudi bahasa sesama teman, kelak nanti ia akan menguntungkan kita, jika ada kesalahan, maafkanlah, jika ada kelemahan, perbaikilah, jika ada kebaikan padanya, contohi dia, marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan, terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka, pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka, oleh itu berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal, hanya allah yang tahu pengakhirannya, hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita, biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ra

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen