Nina Azriana's Nina Azriana's Online Diary Nina Azriana's Life

..

..

Ahad, 13 Januari 2013

‎~~✿•~~Luahan Hati Abah untuk Adik ~~✿•~~

Bismillahirahmanirahim...
Assalammualaikum Sahabat... 

...adik , ingat lagi tak? masa adik kecik dulu.. abah selalu bawak adik pergi taman mainan... abah baru je balik kerja..., lepas tuu adik nangis2 depan pintu rumah tunggu abah balik... abah penat sangat masa tu dik , tapi bila abah tengok muka adik yang penuh dengan harapan tuu , abah tak sampai hati nak tolak permintaan adik..... abah tahu mama penat jaga adik seharian.. takpe kot abah layan adik pulak?? takpe..., abah kan lelaki.. abah kuat ni haa... =)

adik , sekarang adik dah masuk sekolah menengah... abah bangga punya anak sepertimu sayang..., tapi abah sedih.. adik dah makin renggang dengan abah... adik asyik keluar dengan kawan2 adik je... takpe , abah x marah pun dik.. abah tahu adik sedang membesar.. adik tahu jaga diri adik kan... adik tahu kalau adik buat dosa , abah yang tanggung dosa2 adik tu.. adik sayangkan abah.. takkan adik nak CAMPAK abah masuk neraka bila adik tak jaga ikhtilat , tak tutup aurat...

adik... maafkan abah.. abah tak sempat nak tengok adik dewasa... ALLAH dah jemput abah lebih dahulu... tak apa adik , jangan sedih... walaupun adik x nampak abah kat dunia.. abah tetap perhatikan adik "di sana".. adik jadilah anak yang solehah yee....

adik..., kenapa adik mengingkari perintah ALLAH?? adik tahu tak , abah diseksa di sini dengan setiap tindakan adik di dunia... adik..., tolong lah abah.. abah sakit ni dik.. sakit sangat diseksa dalam kubur ni... =( adik sayang abah kan? tolonglah berubah dik... tutuplah aurat adik , jaga kelakuan adik....

adik , maafkan abah sebab minta adik untuk berubah... tak apa , ni kali terakhir abah minta macam tuu... abah sayangkan adik.. adik buatlah apa adik suka... abah sanggup tanggung seksa di sini atas perlakuan adik... sebab ABAH SAYANGKAN ADIK.. maafkan juga sebab abah tak pernah cakap macam ni dulu masa abah hidup... abah ingat dengan apa yang abah buat , sudah cukup untuk buktikan kasih sayang abah kepada adik...maafkan abah sayang... :'(

adik , bila rindu abah , sedekahkan al-Fatihah.. abah tunggu adik di syurga untuk bawa abah keluar dari azab ni...T_T





Via: Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku...


Sahabat.. Hargailah Ibu dan ayah sahabat sekalian selagi mereka masih ada... Doakanlah mereka. Berbaktilah pada mereka.. 


#Abah.. adik rindu abah... 




















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rabu, 17 Oktober 2012

~✿ Wanita... Akal Senipis Rambutnya.. ✿~

Bismillahirahmanirahim...
Assalammualaikum Sahabat...


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran & perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya..
Apa yang tiada di dalam SYURGA??
Namun Adam tetap merindukan Hawa..
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk,
Yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki..
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus..
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus..
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah S.W.T.
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..
Didiklah mereka dengan panduan dariNya..
janganah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan semakin Liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka akan semakin menderita..
Kenalkan mereka pada Allah..
Zat yang kekal..
Disitu punca kekuatan Dunia!

Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan Ilmu..
Hati serapuh kaca,
Kuatkan ia dengan Iman..
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan Akhlak..
Suburkanlah ia kerana disitulah 
Hati mereka akan lihat & nilai kedilan Tuhan..
Bisikkan ke telinga mereka bahawa 
Kelembutan bukan satu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Tuhan..
Sebaliknya diditulah kasih & sayang Allah..
Wanita lupa yang hakikat kejadianNya 
Pasti Tidak akan terhibur & tidak akan menghiburkan..
Tetapi Iman, Ilmu & Akhlak mereka akan lurus..
Bahkan akan semakin bengkok..
Itulah akibatnya andai wanita Tidak kenal Tuhannya..
Bila wanita menjadi derhaka.
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru - hara.
Lelaki pula janganlah mengarapkan ketaatan semata- mata..
tapi binalah KEPIMPINAN... 

♥♥♥


                                   ♥ :')
                                      

















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Selasa, 16 Oktober 2012

If One Day.. ✿✿

Bismillahirahmanirahim...
Assalammualaikum teman.. :)


If one Day you FEEL like Crying..
CALL ME..
I Don't promise that I will make You Laugh..
But I can Cry With You..


If One Day you want to RUN AWAY..
Don't be AFRAID To
CALL ME..
I don't PROMISE to ask you to STOP..
But I can RUN with YOU..


If One Day You don't want to listen to Anyone..
CALL ME..
I promise to be there For You..
& I promise to be very quiet..


But IF ONE DAY you CALL...
And There is NO answer..
Come FAST to See me.....
Perhaps I Need You... 






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jumaat, 21 September 2012

Ohh no... KATAK!!!


Bismillahirahmanirrahim... Assalammualaikum...

Hai sahabat yang sedang membaca.. Semoga Allah memberkati Sahabat semua...
Dah agak lama saya tak menulis di sini.....
Ni nak citer ni.. :D

4.9.2012 Yang lepas Teacher Bio saya iaitu Teacher Chan Oga memaklumkan saya dan kawan- kawan untuk buat eksperimen tentang sistem respirasi Haiwan dan haiwan yang terpilih ialah KATAK!! eeiiuuu.. sangat menggelikan.. Masa tu dengan confident yang ada poyo - poyo la kan sebok sangat nak bedah.. Sampai tarikh kemuncak nak bedah katak pada 11.9.2012... eeeeiiiiyyyaaaaiiii bile dah ade katak depan mate dah geli gelaman.. tu baru tengok yg kat dlm botol.. belum pegang lagi... Time nak bedah tu risau la nk cucuk kaki tangan katak tu gune pin peniti takut melompat nanti.. mau bertempiaran budak- budak perempuan lari termasuk saya.. ngehngehngeh... Tapi sebenarnye techer pengsankan katak tu dulu dengan kloroform.. kat situ dah lega.. lepas Teacher tunjuk demo macam mana nak bedah,, group lain dah start buat dulu.. tapi group saya buat lambat sikit,, kami berempat eh sebenarnya bertiga je sebab kawan saya Linda geli ngn katak dan die buat muke time kitorg start buat tu.. Tak nak tengok langsung sebab die dah rasa mual- mual.. hahah... sebenarnye bile katak tu dah pengsan kurang lah kerisauan kitorang ni....Akhirnya kami bertiga berjaya menamatkan eksperimen tu... Walaupun geli tapi kitorang enjoy the Experimen.. :DD Thanks for my classmate RYAN sebab tolong tangkap kan katak untuk kitorang.. N Congratez To Eyta n Zima sebab ada kekuatan nak mengadap katak tu.. heheh To Linda sangat- sangat rugi kau x join kitorang.. :DD
Ni la Katak nye.. -.-
Ni kawan saya Eyta dan Zima




























Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Isnin, 27 Ogos 2012

Kenang Ku Didalam Doa Mu.. :")

Assalammualaikum..

Bismillahirahmanirahim..
Ya ALLAH,

Panjangkanlah umur sahabatku,

Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,


Terangilah hatinya dengan 'nur' pancaran iman,

Tetapkanlah hatinya,

Perluaskanlah rezekinya,

Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,

Jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,

Tunaikanlah segala hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya MUHAIMIN,

Jika dia jatuh hati,

Izinkanlah dia menyentuh hati seseorang

yang hatinya terpaut pada-Mu
agar dia tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu

Jagalah hatinya agar tidak berpaling

daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu

Jika dia rindu

rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ILAHI,

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalan-Mu

Jika KAU izinkan aku merindui sahabatku

Janganlah aku melampaui batas

sehingga aku melupakan 'CINTA HAKIKI', 'RINDU ABADI' dan 'KASIH SEJATI' -MU
ya ALLAH
kurniakanlah sahabatku
kesenangan, ketenangan, kebahagiaan, keberkatan & kecemerlangan
di dunia dan akhirat.



Via: Ahmad Fauzi.. :)




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 25 Ogos 2012

Silaturrahmi..

Bismillahirahmanirahim.. Assalammualaikum..

   Hadis Nabi Muhammad s.a.w: 
   Daripada Salman bin 'Amir r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: " Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah ; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahmi terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahmi.."

      Hadith riwayat al-Tirmizi.

  Islam amat menuntut umatnya  untuk menjaga hubungan silaturrahmi sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahmi itu amat besar risikonya bukan hanya setakat di dunia sahaja, bahkan di akhirat kelak..

  Lazimnya, gejala memutuskan silaturrahmi berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementingkan diri sendiri..

  Perlu diingatkan bahawa tanggungjawab untuk membina semula silaturrahmi yang terputus, bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan, tetapi sanak - saudara atau kawan - kawan yang mengetahui tentang perkara ini juga boleh memainkan peranan yang penting selaku orang tengah dalam mendamaikan dan menyambung semula silaturrahmi yang terputus.. :)


Jadi yang baik dijadikan taulada yang buruk dijadikan sempadan.. :)









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jumaat, 24 Ogos 2012

Doa Ketika Bersedih..

Bismillahirahmanirahim.. Assalammualaikum.. Izinkan saya berkongsi kepada kalian Doa Ketika kita sedang bersedih ini.. InsyaAllah ketenangan akan hadir dikala kita bersimpuh dan memohon kepada Nya.. :)

WAHAI ALLAH YANG MAHA PENGASIH
SEJAHTERAKANLAH UNTUK KU ... YA ALLAH
SEMOGA AKU SIHAT DAN BAHAGIA
SEMOGA AKU BEBAS DARI KEMARAHAN DAN KEBENCIAN
SEMOGA AKU BEBAS DARIPADA KEMISKINAN JIWA & RAGA
SEMOGA AKU BEBAS DARIPADA PENDERITAAN JASMANI DAN ROHANI
SEMOGA AKU DAPAT MEMPERTAHANKAN KEBAHAGIAN SENDIRI

WAHAI ALLAH ... YANG MAHA MEMBUKA
AJARLAH KAMI YANG LEMAH UNTUK MELIHAT JALAN KELUAR DARI SEMUA MASALAH
BUKALAH HIJAB KAMI YANG TAK MAMPU MELIHAT KEBAIKKAN PADA PERISTIWA
JANGAN TUTUP UNTUK KAMI PINTU KEBAIKKAN YANG SELAYAKNYA KAMI DAPAT
SEKIRANYA ENGKAU MENGKEHENDAKI SESUATU TERTUTUP, BETAPA APA PUN SEGALA KEKUATAN
BERSATU UNTUK MEMBUKANNYA PASTI TIDAK ADA YANG AKAN MEMBUKANYA KECUALI DENGAN 
KEKUASAAN MU YA ALLAH.
KAMI BERDIRI DI GERBANGMU MENGETUK PINTU MU BERTALU-TALU

YA FATTAH.....YA FATTAH.....YA FATTAH
BUKA PINTU HIJAB KAMI YA FATTAH
KAMI BERHARAP REDHA DAN KASIHMU
KAMI MENGHARAPKAN DIBUKAN PINTU RAHMATMU SELUAS-LUASNYA
MAKA KAMI MENZIKIRKAN ASMAMU BUKALAH SEGALA KEBAIKKAN UNTUK KAMI

DENGAN NAMAMU YA ALLAH, AL FATTAH WAHAI ZAT YANG MAHA PEMBUKA
KAMI BERHARAP TERBUKALAH SEMUA PINTU BAROKAH

YA RAHMAN YA TUHANKU
MESKIPUN AKU BELUM SEMPAT MENGUCAPKAN KESYUKURAN ATAS SEGALA NIKMATMU UNTUKKU
AKU REDHA AKU IKHLAS DAN AKU PASRAH YA ALLAH
YA ALLAH KINI AKU MENGETUK LAGI MENYAMPAIKAN HASRAT DAN HAJAT KU DAN LAGI
AKU MEMOHON AGAR ENGKAY YA ALLAH TETAP SUDI MENDENGARNYA KERANA SESUNGGUHNYA
KAULAH YANG MAHA MENDENGAR...

YA WAHAB...KAU PERUNTUKKAN KECUKUPAN UNTUKKU DAN SAUDARA-SAUDARAKU
YA GHANIY ... YANG MAHA KAYA DAN LENGKAP
KAU KURNIAKANLAH KE DALAM HATI-HATI KAMI AKAN NUR MUHAMMAD, KEKASIHMU
AGAR KELAK CAHAYA INI MENJADI PELITA UNTUK KAMI MENUJU NUR-MU

YA RAZZAQ YANG MAHA PEMBERI REZEKI
KAU LIMPAHKAN REZEKIMU YANG BARAKAH BUATKU DAN SAUDARA-SAUDARAKU
AGAR KAMI DAPAT MENERUSKAN SEDEKAH AMAL JARIAH TERHADAP YANG MEMERLUKAN
AGAR KAMI DAPAT LIMPAHKAN KURNIA KEKAYAAN ZAHIR & BATIN YANG KAU AMANAHKAN
AGAR KAMI JAUH DARI KEFAKIRAN DAN KEMISKINAN YANG BOLEH MEMBAWA KAMI KEPADA KEKUFURAN
AGAR KAMI DAPAT MENERUSKAN HIDUP KAMI DALAM KELAPANGAN DAN KESENANGAN YANG MEMBAWAKAN JIWA KAMI KEPADA KEMAKMURAN
LALU KAMI BERJAYA MENGUASAI DIRI UNTUK BERJAYA SEBAGAI HAMBAMU DUNIA & AKHIRAT

YA RASHID YANG MEMIMPIN KEPADA KEBENARAN
JIKA ADA ANTARA KAMI INI JAUH DARI MU, MOHON YA ALLAH DEKATKANLAH KAMI KEMBALI SERTA BANGKITKANLAH
SEMULA RINDU ASMARA KAMI TERHADAPMU
SESUNGGUHNYA KAU MAHA DEKAT
KAU HAMPIR PADA SETIAP DARI KAMI, SESUNGGUHNYA KAMI INI SERING LALAI YA ALLAH
DEKATKANLAH KAMI PADA MU YA ALLAH

MOHON KAU CELIKKAN HATI DAN NURANI KAMI DENGAN ILMU YANG BERMANAFAAT
RINGANKAN USAHA DAN IKTIAR KAMI, LIMPAHKAN KAMI CAHAYA ILMU YA ALLAH
AKU YANG MASIH FAKIR YA ALLAH AMPUNKAN AKU YA ALLAH
YA ALLAH LAPANGLAH DADA KAMI SERTA LUPAKANLAH PADA SENGSARA KAMI
SELAMATKANLAH KELUARGA KAMI SERTA BERILAH PENYERI DALAM IKATAN PERTALIAN YANG DIBINA OLEH KAMI

YA ALLAH SELAMATKAN PERJALANANKU DAN SELURUH UMAT MUHAMAD
SELAMATKANLAH KAMI KETIKA KAMI MELAKSANAKAN TUGASAN HIDUP KAMI
PADA SETIAP HARI-HARI KAMI
ANUGERAHKAN KAMI KEKAYAAN KEMAKMURAN DAN KUASA YANG MENCUKUPI DALAM 
BENTUK MASA KEKUATAN DAN HARTA
AGAR BEBANAN YANG TYERPIKUL MENJADI RINGAN DAN MUDAH
AGAR SEGALA JANJI DITUNAIKAN DAN SEGALA IBADAT MENDAPAT REDHAMU YA ALLAH

YA ALLAH SEKIRANYA ADA YANG TERTINGGAL KATA-KATA DALAM DOA KU INI
KAU TAHU APA TERKANDUNG DI DALAM ISIHATI AKU JUA
AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSA BESAR DAN KECIL KU TERHADAP MU YA ALLAH
DAN KEPADA KEDUA IBU BAPA AKU, ISTERI , ANAK-ANAK, SAUDARA-SAUDARA, SAHABAT HANDAI DAN SEMUA YANG MENGENALI AKU SERTA SELURUH UMAT MUHAMAD SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. AMPUNKAN AKU YA ALLAH KERANA TERLALU BANYAK YANG AKU MEMINTA-MINTA KERANA SESUNGGUHNYA PERGANTUNGAN KU IBADATKU SOLAT KU HIDUP DAN MATI KU HANYA PADA MU YA ALLAH

JIKA DOA HAMBA MU INI TAK PERKENAN PADA MU YA ALLAH, AKU TETAP REDHA DAN AKU AKAN TERUS MEMOHON PADAMU YA ALLAH

"YA ALLAH, TOLONGLAH AKU DALAM MENJALANKAN AGAMA YANG MERUPAKAN PELINDUNG SEGALA URUSANKU.
ELOKKANLAH URUSAN DUNIAKU YANG MERUPAKAN TEMPAT AKU MENCARI KEHIDUPAN.
ELOKKANLAH URUSAN AKHIRATKU YANG MERUPAKAN TEMPAT AKU KEMBALI.
JADIKANLAH KEHIDUPANKU INI SEBAGAI TAMBAHAN SEGALA KEBAIKAN BAGIKU DAN JADIKANLAH KEMATIANKU SEBAGAI KETENANGAN BAGIKU DARI SEGALA KEJAHATAN."

Sama- sama kita muhasabah diri.. :)








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen