Nina Azriana's Nina Azriana's Online Diary Nina Azriana's Life: Silaturrahmi..

..

..

Sabtu, 25 Ogos 2012

Silaturrahmi..

Bismillahirahmanirahim.. Assalammualaikum..

   Hadis Nabi Muhammad s.a.w: 
   Daripada Salman bin 'Amir r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: " Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah ; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahmi terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahmi.."

      Hadith riwayat al-Tirmizi.

  Islam amat menuntut umatnya  untuk menjaga hubungan silaturrahmi sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahmi itu amat besar risikonya bukan hanya setakat di dunia sahaja, bahkan di akhirat kelak..

  Lazimnya, gejala memutuskan silaturrahmi berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementingkan diri sendiri..

  Perlu diingatkan bahawa tanggungjawab untuk membina semula silaturrahmi yang terputus, bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan, tetapi sanak - saudara atau kawan - kawan yang mengetahui tentang perkara ini juga boleh memainkan peranan yang penting selaku orang tengah dalam mendamaikan dan menyambung semula silaturrahmi yang terputus.. :)


Jadi yang baik dijadikan taulada yang buruk dijadikan sempadan.. :)









Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Catat Ulasan

Terima Kasih.. (^^,)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen